Selasa, 5 November 2013

Tempat Menarik Di Kuala Kangsar

TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR






MCKK Kuala Kangsar
MCKK Kuala Kangsar -Ihsan mckk.edu.my
 Tempat menarik di Kuala Kangsar 
Tempat menarik di Kuala Kangsar ni sebenarnya banyak walaupun bandarnya kecil sahaja. Bukan saje bandarnya yang terdapat tempat menarik, kawasan kampung-kampungnya juga ada pelbagai tarikan yang tersendiri.
Kuala Kangsar ni mempunyai kesan-kesan peninggalan penjajah British yang menduduki negeri Perak sekitar abad ke 18 (1700-an) hinggalah Malaysia capai kemerdekaannya pada 1957.
Kebanyakannya dalam bentuk bangunan pentadbiran British, sekolah-sekolah, jambatan kenderaan bermotor , jambatan keretapi, pokok getah, jam besar dan lain-lain lagi.  Tapi kebanyakannya adalah untuk kepentingan penjajah British pada masa tu. Contohnya mengangkut hasil mahsul negeri ke luar dan dijual dan hasil duitnya digunakan untuk mengayakan negeri penjajah iaitu United Kingdom.
Walaupun begitu terdapat juga yang diilhamkan oleh Sultan sendiri iaitu Sultan Sir Idris Mersid ibni Sultan Aazam Shah iaitu Malay College atau nama Melayunya Maktab Melayu yang melahirkan genius cerdik pandai Melayu contohnya Dato Onn bin Jaafar, Tun Hussein Onn, Tengku Abdul Rahman, Yang DiPertuan Agung Sultan Mizan dan banyak lagi tokoh-tokoh terkemuka negara.

Senarai tempat menarik kat Kuala Kangsar

1.Sawah padi di Kota Lama kanan

2.Perusahaan Labu Sayong di Sayong. Kat sini banyak kedai-kedai dan bengkel orang kampung yang mengusahakan pembuatan labu ni.


3.Rumah-rumah tradisional Melayu Perak di sepanjang jalan Kota Lama Kanan, Sayong dan di Kampung Jemuan

4.Jambatan Iskandar yang diperbuat daripada besi pada zaman British tahun 1887

5.Jambatan keretapi Victoria di Karai, Enggor (Ni tempat saya le)

6.Jam besar Kuala kangsar

7.’Lembah’ iaitu tempat di mana terdapat kedai dan gerai menjual laksa beras yang famous tu. Di sini juga anda boleh menikmati pemandangan tebing Sungai Perak dan terdapat jeti kecil dan jeti berbumbung untuk duduk santai-santai.


8.Masjid Ubudiah yang terkenal tu


9.Istana Kuning atau Istana Kenangan



10.Istana Kuala kangsar di mana Sultan Azlan Shah bersemayam. Ni anda boleh pusing keliling jalan yang mengelilingi istana, tapi tak boleh masuk ke perkarangan ya!

11.Muzium atau Galeri Sultan Azlan Shah ( dulunya sekolah Raja Perempuan Kalsom )  Yang ini pun bangunan bersejarah jugak.

12.Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Malay College

jalan2cuti2 mckk -Kuala Kangsar
MCKK- Sumber Ihsan mckk.edu.my

13.Rotunda atau menara pemerhati di padang berhadapan Malay College

14.Pokok getah yang tertua di Malaysia di sebelah bangunan Pejabat Daerah Kuala Kangsar. Ditanam oleh orang Inggeris pada tahun sekitar 1800-an



15.Tasik Raban, jauh sikit dari Kuala Kangsar

16.Acara tahunan iaitu Jambori Vespa & Motor Klasik Antarabangsa, Kuala KangsarTempat: Arena, Kuala Kangsar – Lembah sekitar bulan April


Boleh juga jenguk blog Chalet Mr Os seperti di bawah :-

Sekiranya ada permintaan dari penyewa chalet, sesi lawatan ketempat tempat menarik di persekitaran Chalet D'Kampung Mr. OS dan Bandar Diraja Kuala Kangsar boleh dibuat. Antara tempat tempat menarik tersebut adalah :


MASJID KAMPUNG KOTA LAMA KANAN
berusia ratusan tahun...
kira kira 600 meter dari chalet...

meriam "Padam Pelita" di kaki masjid...

nisan tunggal di dalam masjid
memperingati Al-Marhum Sultan Mansur Syah 1...



BENGKEL PERUSAHAAN MEMBUAT LABU SAYONG

perusahaan labu dengan sumber asasnya tanah liat...


samada memilih labu untuk mengisi air minuman, labu untuk hiasan atau pun lampu labu, pilihan ditangan anda...



JAMBATAN SULTAN ABDUL JALIL

merentasi Sungai Perak...
menghubungkan Bandar Kuala Kangsar dan Kota Lama Kanan & Sayong...



MENAIKI BOT SAYONG MENYEBERANGI SUNGAI PERAK

anda juga boleh menaiki bot dari jeti bot Sayong...

menyeberangi Sungai Perak ke bandar Kuala Kangsar...



MASJID UBUDIAH, ISTANA ISKANDARIAH, ISTANA KUNING &
GALERI SULTAN AZLAN SHAH

 


keempat empat tempat ini terletak di Bukit Chandan, kira kira 1 hingga 3 kilometer dari bandar Kuala Kangsar...



POKOK GETAH TERTUA DI MALAYSIA

ditanam pada tahun 1877 dan masih hidup hingga kini...



KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR (MCKK)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)... antara koleh terulung dan terawal mendidik anak bangsa...



KRAFTANGAN KUALA KANGSAR

sebut saja jenis kraftangan yang ingin dibeli,
semuanya ada di Kuala Kangsar...
bagi yang minat memancing, jala ada, joran pun ada...
nak memikat burung, jebak & racik, cakap je...
kalau ada darah panglima,
keris, kerambit, tombak, cari je kat "bawah tebin"...
parang & golok...?
kat Chalet D'Kampung Mr. OS ada la.. tak perlu ke "Kuale"...




LAKSA, CENDOL & PAU KUALA KANGSAR



kalau dah penat melawat Kuala Kangsar,
boleh la "pekena" laksa atau pau...
sebelum menyambung perjalanan, cendol jangan lupa.....






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...