Selepas keputusan UPSR keluar semalam, saya n hubby sibuk search sekolah mana yang patut Ahmad Hazmi pergi. Untuk SBP, SMKA sudah hubby online bulan Oktober hari tu. Sementara menunggu panggilan SBP / SMKA, kami perlu masukkan Ahmad Hazmi ke sekolah sementara. Yang paling dekat, SMK Simpang Beluru , 2nd SMK Clifford. Kalau masuk RK, memang kena tinggal asrama. 
Info tentang SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru mula 
beroperasi pada 1 Jun 1996 . Sekolah ini banyak mencapai kejayaan dalam 
kokurikulum dan juga akademik. 
::: VISI SEKOLAH :::
Menjadikan SMK Simpang Beluru cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan imej organisasi.
::: MISI SEKOLAH :::
Kami warga SMK Simpang Beluru akan memastikan misi berikut dilaksanakan :
1. Meningkatkan prestasi akademik melalui pendekatan yang profesional dan
efesien.
2. Mengembangkan potensi kognitif , psikomotor dan afektif dalam bidang
kokurikuklum dan sukan.
3. Memantapkan nilai keagamaan dan kerohanian dalam kalangan murid.
4. Membudayakan headcount dalam semua bidang.
::: LAGU SEKOLAH :::
Berilmu, berakhlak, berwawasan
Falsafah SMKSB
Ke arah kesempurnaan insan
Matlamat suci murni
Berusaha, belajar berdikari
Meningkatkan teknologi
Memenuhi hasrat keluarga
Berbakti dan berjasa
MengEsakan Tuhan
Jadikan amalan
Pelajar inovasi
Pendidik dedikasi 
Janji SMKSB 
Bersyukur, berdoa, berkekalan
Wawasan jadi realiti
Kecemerlangan jadi kenyataan 
Cemerlang, Cemerlang SMKSB
Description
Untuk semua pelajar & guru-guru di SMK Simpang Beluru
::: SEJARAH :::
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru mula beroperasi pada 1 Jun 
1996 . En. Mior Othman B. Mior Mat Ramlee , menjadi Guru Kanan 
Pentadbiran pertamanya bersama staf permulaan , seorang pembantu tadbir 
dan dua orang Pembantu Am Rendah . Pada 16 Oktober , 1996 En. Adnan B. 
Rejab mula bertugas sebagai Guru Kanan Hal Ehwal Murid.
 Ketika itu bangunan sekolah telah siap dibina , namun masih di 
peringkat percubaan. Kerja-kerja penyelenggaraan terakhir masih 
dijalankan ketika itu. Pada peringkat awal Sekolah Menengah Kebangsaan 
Simpang Beluru mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat dan satu blok 
bangunan empat tingkat dengan 24 buah bilik darjah. Pada 6 Januari 1997 ,
 seramai 138 pelajar mula diterima belajar dimana mereka memasuki kelas 
peralihan , tingkatan satu dan dua , dengan tenaga pengajar seramai 20 
orang dan diketuai oleh En. Mior Othman B. Mior Mat Ramli . 
Blok A (
 empat tingkat ) mempunyai Bengkel Kemahiran Manipulalif , Bilik Seni , 
Makmal Kimia / Fizik dan Makmal Biologi dan 6 buah kelas. Manakala blok B
 ( tiga tingkat ) menyediakan 10 buah kelas. Bilik kesihatan , Bilik 
Guru , Bilik Mesyuarat Guru dan Bilik Pengawas. Blok C ( tiga tingkat ) 
pula terdapat Bilik kokurikulum , Bilik Geografi , Bilik Sejarah , 
Koperasi , Bilik Bimbingan dan Kaunseling , Bilik Gerakan , Pejabat 
Pentadbiran , Bilik Amali Solat dan Pusat Sumber Sekolah . Blok D ( tiga
 tingkat ) terdapat Bengkel Kejuruteraan, Bilik Lukisa Kejuruteraan, 
Stor Sukan, Bilik Ekonomi Rumah Tangga, Bilik Komputer dan 8 buah kelas.
 Manakala Blok E ialah Bengkel Pertanian.
Kemasukan pertama 
pelajar ke sekolah ini bermula pada 3 Januari 1997 dengan jumlah pelajar
 seramai 323 orang iaitu tingkatan 2 seramai 103 orang, tingkatan 1 
seramai 193 orang dan kelas peralihan seramai 27 orang. Kelas yang 
dibuka pada tahun tersebut adalah kelas peralihan, 1A1, 1A2, 1A3, 1B1, 
1B2, 2A1, 2A2, 2A3 dan 2B1.
Pengetua SMK Simpang Beluru yang 
pertama ialah Puan Hajah Noor Aini bt A. Bakar yang mula bertugas pada 
16 Mei 1997. Sehingga Disember 1997, tenaga akademik sekolah adalah 
seramai 22 orang iaitu 10 orang guru DG 3 dan 12 orang guru DG 6. 
Manakala kakitangan sokongan pula adalah seramai 12 orang. Pertambahan 
jumlah pelajar yang semakin meningkat memerlukan pertambahan bilik 
darjah. Justeru permohonan pertambahan bangunan telah dibuat. Pada tahun
 2003, SMK Simpang Beluru telah mendapat pertambahan satu blok bangunan 
dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah iaitu blok F.
Dasar 60 : 40  pemberatan subjek Sains dan Matematik yang diperkenalkan 
telah menghasilkan penawaran subjek - subjek aliran sains tulen kepada 
para pelajar. Maka dua buah kelas aliran sains tulen telah dibuka. 
Sebelum itu pihak sekolah telah menerima kemasukan pelajar Kelas 
Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA).
Bertolah 
daripada pertambahan jumlah pelajar dari masa ke semasa, bilik - bilik 
khas mata pelajaran yang diwujudkan pada peringkat awalnya seperti Bilik
 Geografi, Bilik Sejarah, Bilik Matematik terpaksa dijadikan bilik 
darjah kekal. Di samping itu pihak sekolah juga tidak ketinggalan 
memperoleh sebuah Makmal Komputer yang tersergam di atas bukit 
berhadapan dengan blok F dan bersebelahan blok D.
SMK Simpang 
Beluru juga mempunyai bangunan blok asrama putera dan puteri. Kuarters 
juga dibina oleh Kementerian Pelajaran yang mengandungi satu blok empat 
tingkat. Tahun berganti tahun, namun  Puan Hajah Noor Aini bt A. Bakar 
kekal sebagai Pengetua SMK Simpang Beluru sehingga bulan Februari 2007, 
walaupun guru - guru dan staf sering bertukar ganti. Ramai dari tenaga 
penggerak pada peringkat awal telah bertukar sekolah, sama ada kenaikan 
pangkat atau pun bertukar kembali ke daerah asal. Jumlah pelajar pada 
satu masa pernah mencecah sehingga seribu orang, manakala bilangan guru 
hampir mececah 70 orang.
Lokasi sekolah SMK Simpang Beluru 
terletak kira - kira 12 kilometer dari bandar diraja Kuala Kangsar. 
Kedudukan di atas bukit menyebabkan pemandangan disekelilingnya dapat 
dilihat dengan jelas. Pekan kecil yang berhampiran adalah Pekan Karai 
dengan jaraknya 3 kilometer dari sekolah.     
 

 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan