Khamis, 14 November 2013

Zul Ariffin Bakal Kahwini Gayatri Dalam Masa Terdekat

gayatri


Rasanya dah dekat 2 tahun Zul dan Gayatri menyulam percintaan. Molek benar kalau diakhiri dengan pernikahan. Kata Zul:-
Memang ada sasaran ke arah itu (perkahwinan) tapi saya tak berani cakap banyak. Biarlah kami simpan dulu. Alhamdulillah hubungan kami makin baik, kukuh dan stabil. Memang ada sasaran ke arah itu (kahwin). Tapi kena lepaskan rakan artis lain kahwin dululah.
Mungkin tak lama sangat dan dalam masa terdekat tapi saya taknak kongsikan dulu. Rancang banyak-banyak tak salah sebab kalau sudah jodoh, tak lari ke mana pun. Cuma buat masa ini kita simpan dululah sehingga betul-betul dah dekat nanti.
zul ariffin dan gayatri

Tentu banyak peminat Zul Ariffin yang kecewa mendengar berita ini. Namun itulah namanya jodoh. Doakanlah kebahagiaan mereka berdua. Lagipun nampak pasangan ini sangat serasi dan tak banyak cerita-cerita mengarut yang keluar tentang mereka. Semoga perancangan yang diaturkan dapat dijalankan dengan lancar. Tahniah Zul dan Gayatri.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...