Ahad, 1 Disember 2013

Gambar: Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri


Hubungan cinta pasangan ini bukan satu rahsia lagi buat peminat hiburan di Malaysia. Walaupun berhadapan dengan pelbagai kata kata dari mereka yang negatif, hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri nampaknya semakin erat ketika ini.
Perkara ini ditunjukkan saban hari melalui Instagram mereka berdua & terbaru Nora Danish telah hadir meraikan ulangtahun kelahiran anak lelaki Nedim Nazri yang memasuki usia dua tahun.
Majlis sambutan hari lahir ini difahamkan mengambil lokasi di rumah keluarga Nedim Nazri dan turut di’hadiri oleh rakan rakan mereka yang lain termasuklah pasangan yang di’katakan sedang bercinta iaitu Zareema Zainal dan juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang di’kongsikan Nora Danish dan Nedim Nazri melalui akaun Instagram mereka sepanjang majlis meriah ini berlangsung. Bertuah anak kecil ini di’raikan dengan majlis sebegini. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...