Ahad, 1 Disember 2013

Paul Walker, Pelakon Fast & Furious Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

Dunia hiburan antarabangsa hari ini dikejutkan dengan berita kematian pelakon hebat, Paul Walker. Paul Walker,40 tahun yang popular menerusi filem Fast & Furios telah terbabit di dalam sebuah kemalangan di Santa Clarita, Los Angeles.
paul walker meninggal dunia
Ketika kejadian, Paul Walker sedang menaiki sebuah Porsche GT sebagai penumpang dan dalam perjalanan untuk aktiviti amal membantu mangsa taufan Filipina. Pemandu kereta tersebut hilang kawalan sekaligus sehingga terlanggar tiang/pokok mengakibatkan kereta tersebut terbakar.
paul walker meninggal dunia
Berita kematian ini telah pun disahkan menerusi Twitter rasmi pelakon tersebut. Sesungguhnya kematian Paul Walker adalah sangat mengejutkan dan merupakan satu kehilangan besar, lebih-lebih lagi apabila penggambaran filem Fast & Furios 7 dikhabarkan masih belum tamat.paul walker meninggal dunia
Paul Walker telah meninggalkan seorang anak perempuan berusia 16 tahun. Takziah diucapkan buat keluarga Paul Walker atas berita sedih ini. Takziah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...