Ahad, 1 Disember 2013

Test Trek Motocross di Kuak, Lenggong Perak

Semalam selepas breakfast, hubby ajak tengok trek motocross di Kuak, Lenggong. Dengar nama tempatnya pun dah pelik kan. Walaupun saya tinggal di Kuala Kangsar, trek ni baru first time pergi sebab tempatnya memang kat dalam hutan. Trek tu berhampiran dengan Kolej Kemahiran MARA Lenggong yang hampir siap dan belum beroperasi lagi. Yang saya tahu, tahun ni merupakan tahun terakhir trek ni digunakan kerana satu projek resort dan banglo akan dibuat di kawasan trek tersebut. Program sebenar Motocross Endurance akan dibuat pada 7 - 8 Disember 2013. Jadi, sebelum program bermula minggu depan hubby pun nak test dulu trek. Hubby kata best trek ni. Tapi saya tengok treknya macam berbahaya jer sebab ada kalanya tengok hubby macam nak jatuh bila lepas table top. Di sini saya selitkan beberapa keping foto yang sempat saya snap masa hubby sibuk layan trek. Jom layan.


Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong berdepan kawasan trek.

 Kawasan trek.
Saya dan anak - anak



Ada satu pokok besar kat kawasan trek. Anak - anak sedang 
menonton ayahnya secara live di trek

Tengok tu, hubby tengah layan trek







Dah penat, makan dulu

Kelihatan tasek kat belakang nun.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...