Ahad, 8 Disember 2013

Kenangan di hari last ngan Matron Ramlah sebelum bertukar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang

Hari Jumaat yang lalu, 6.12.2013 merupakan hari terakhir Matron Ramlah Hashim di tempat saya bertugas sebelum beliau berpindah ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang kerana kenaikan pangkat dari Jururawat U32 ke Jururawat U36. Tahniah Matron Ramlah.

Saya sempat juga bergambar dengan beliau pada hari tersebut untuk dijadikan kenang-kenangan. Matron Ramlah seorang yang berdedikasi, tegas dalam menjalankan tugas dan seorang Ketua yang dihormati oleh staffnya. 

Sebelum ini beliau bertugas di Wad Maternity dan kemungkinan ada pengganti dari hospital lain yang akan menggantikan tempat beliau. Di sini saya kongsikan beberapa keping foto yang sempat diambil bersama beliau. Kenangan berkhidmat bersama beliau adalah pengalaman yang amat berharga. Tahniah sekali lagi Matron Ramlah, jangan lupakan saya ye.


Hadiah dari Unit Pengurusan

Bergambar kenangan ngan Matron Ramlah dan Pengarah

Saya dan Matron Ramlah. Hukhukhuk...




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...