Ahad, 8 Disember 2013

Resipi Ayam Masak Lemak Kuning versi mak mertuaku

Resipi ni memang senang nak buat. Saya suka buat gulai ni sebab semuanya main letak saja dalam periuk kemudian letak atas api. Resipi ni asalnya dari mak mertua saya. Kalau tak silap saya, dari kajian yang saya buat sendiri orang Perak kalau nak masak memang letak saja semua bahan - bahan kemudian letak atas api. Tak perlu nak tumis - tumis macam masakan negeri lain, macam Negeri Pahang, negeri asal saya. Kalau nak masak lemak pun kena tumis, masak rendang tumis bagai sebab tu lauknya berlemak. Apa - apa pun negara kita ni memang kaya ngan pelbagai masakan dan resipi. Tu yang menarik tinggal kat Malaysia ni. Kalau nak tau resipinya, di sini saya sertakan resipi Ayam Masak Lemak Kuning. Selamat mencuba.

Bahan - bahan :

Ayam - saya buat 10 ketul je
Ubi kentang - 3 biji belah 4
Bawang merah - 2 biji 
Cili api - 5 biji
Cili merah - 1 biji
sedikit serbuk kunyit
Daun kunyit - sehelai siat - siat je
Serai - sebatang dan katuk je
Santan
Asam keping - sekeping

Caranya :-

1. Bawang merah, cili api dan cili merah tumbuk ngan lesung batu


2. Masukkan ayam, kentang, serai, daun kunyit, serbuk kunyit, asam keping dalam periuk

                  3. Kemudian masukkan juga bawang yang telah ditumbuk bersama cili tadi



4. Masukkan santan, sukatan ikut anggaran kita. Gulai ni perlu pekat sikit santannya
5. Letak periuk atas api dan masak hingga ayam dan kentang empuk



6. Rasakan dengan garam dan sedikit perasa.
7. Bila ayam dan kentang dah empuk boleh tutup api dan hidangkan

Dah siap

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...