SeLaMaT TaHuN BaRu 2014 Kepada semua. Adakah azam tahun 2013 anda dah tercapai. Tahun 2013 bagi saya merupakan tahun yang agak mencabar juga la. Mana taknya, tahun 2013 anak sulung menghadapi UPSR dan keputusannya 4A1B, Alhamdulillah. Ahmad Hazmi anak yang bijak dan baik. Saya hantarnya ke form 1 di sekolah berhampiran sahaja. SBP tidak berjaya, ramai lagi yang pandai - pandai cuma saya baru buat rayuan ke SBP. Saya pun hadir interview untuk KPSL dan menjadi calon simpanan lantikan SPA. Sedang menunggulah ni. Hubby pula dapat CGPA sem. ni untuk PPG di IPG Ipoh 3.65. Alhamdulillah, walaupun banyak sangat dugaannya tapi dia berjaya juga menghadapi exam sem. 4 ni dengan jayanya. Anak - anak saya yang 3 orang tu pun agak bagus juga tahun 2013 ni, cemerlang dalam pelajarannya dan yang kecil sudah pandai membaca dan menulis, mengira belum mahir lagi. Tahun 2014, insyaallah sudah boleh menguasai 3M. Tahun 2013 juga saya baru berjinak - jinak dengan dunia blogging dan masih dalam proses menghasilkan novel sulung, insyallah. Tunggu yer.
Apa - apa pun, selamat menyambut tahun baru 2014. Teruskan berazam..
Year's end is neither an end nor a beginning but a going on, with all the wisdom that experience can instill in us.
1 ulasan:
selamat tahun baru.. semoga anda mencapai kejayaan dengan apa yang anda doakan pada tahun 2014..:-)
Catat Ulasan