Rabu, 23 Julai 2014

Kacang Bersalut Tepung Yang Manis




Oleh yang demikian, kita share resipi tertangguh je lah hari ni ya. Kali ni kita buat kacang salut tepung. Actually teringin nak makan kacang ni masa jalan2 kat area London Eye hari tu, ternampak ada orang jual kacang ni, tu yang terus menjadi tu.


Kacang Salut Tepung

Bahan Bahan :-

1 bungkus kacang tanah @ 500 g sebungkus 
1 sudu besar jintan - di kisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
1 biji telur
secubit garam
 2 sudu besar gula (Boleh lebihkan kalau nak manis)
1/4 cawan tepung gandum (Lebihkan kalau adunan masih cair)



Cara Bancuhan :-

1. Campur semua bahan (kecuali kacang) dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Masukkan kacang dan gaul hingga semua bahan salutan tadi menyalut kulit kacang.
3. Goreng dalam minyak yang panas hingga garing.
4. Angkat dan simpan dalam bekas kedap udara.


1 ulasan:

sitirohaida berkata...

sdapnya...nak try jugak buat nie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...