Salam semua. Entry ni sebenarnya dah lama nak masukkan tapi dah tak ingat kat mana letak gambar - gambarnya. Baru tadi jumpa dalam pen drive lama. Bukan apa saya pun tak pernah pergi tempat orang asli ni tapi disebabkan hubby beria mengajaknya terpaksalah saya sekali ngan anak - anak. Hubby pun cakap ada tempat mandi, lagilah seronok diorang nak ikut. Perjalanan ke Pos Piah dari Karai lebih kurang 1 jam setengah. Itupun sebab naik 4 x 4. Ada juga yang naik kereta tapi sukar sikit sebab jalannya agak teruk juga. Maklumlah lori balak keluar masuk. Saya pergi dalam bulan April yang lalu. Hubby saja nak tengok SK Pos Piah kot dia boleh transfer sana, tapi bila saya fikir balik buat apa nak susahkan diri masuk ke pedalaman kalau keadaan sekarang ni boleh dikatakan 'comfort zone'. Di sini Saya sharekan beberapa keping gambar semasa saya ke sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan