Selasa, 12 Ogos 2014

Novel Kampung Girl baru beli.


 Salam semua. Entry saya pada hari ini adalah mengenai novel yang baru saya beli minggu lepas. Rasanya ramai yang dah beli dan dah tengok cerita ni kat tv. Saya je yang baru dapat beli novel ni sebab bila ke kedai buku Pustaka Syafi di Kuala Kangsar mesti dah habis. Saya bukannya jenis yang suka beli buku online sebab saya pernah beli secara online tapi bila sampai pada saya buku tu dah macam rosak sikit. Mungkin rosak masa dalam perjalanan, iyalah barang - barang banyak yang nak diedarkan ada macam - macam jenis. Jadi saya prefer beli di kedai saja walaupun lambat memilikinya. 

Cerita di tv pun saya dah tengok cuma saya lagi puas bila baca novel. Kadang - kadang novel tak sama macam dalam tv. Harga novel ni RM21.00 tapi masih belum habis baca. Kalau dulu memang sebuah novel habis sehari tapi sekarang ni susah sikit bila anak - anak dah besar mcam - macam nak buat. At least masa senggang saya ada novel nak baca.  Saya memang beli sekurang - kurangnya satu novel setiap bulan. Sekarang ni pun anak - anak pun dah mula minat membaca bila saya suka membaca.

 
SINOPSIS KAMPUNG GIRL


 Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!

PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.
Hahahah Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur.  Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak ni.
Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampong yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin…
Ashraf yg bengang giler dengan persetujuan Ainnur telah gunakan setiausahanya untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain plak yg jadi bila terkantoi dengan Ainnur sebab setiausahanya tu kawan baik Ainnur hihihi. Ashraf dan Ainnur akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam bencikan budak kampong, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Ashraf terlalu ego hingga nafikan cemburu tu tandanya cinta.
Cemburu Ashraf bertambah terhadap Ainnur bila Faisal menagih cinta Ainnur walaupun Ainnur hanya menganggap Faisal sebagai abang.  Ashraf bertambah terkejut bile mendapat tahu yang Faisal telah bertunang dengan Ain Airina iaitu bekas kekasihnya.  Faisal tidak sukakan Ain Airina dan mereka disatukan oleh keluarga.
Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudiannya. Pada malam pengantin rahsia Ainnur yg berpendidikan terkantoi. Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar Negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di penang dan Ashraf di KL.  Kawan serumah Ainnur nasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.
Ats nasihat Adam iaitu abang Ashraf, Ashraf cuba untuk menerima Ainnur. Dia plak berusaha memikat semula hati Ainnur. Ainnur pelik dengan sifat romantic Ashraf terhadapnya. Ashraf amat pasti yg cintanya ada pada Ainnur. Mereka macam pasangan baru bercinta hahaha. Ashraf dan Ainnur akhirnya bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal. Kampong girl n budak Bandar!
Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan dia disahkan hamil. Ashraf happy giler. Keluarga mereka mengusik Ashraf yang tidak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampong girl yang amat dibenci menjadi orang yang amat dicintai oleh budak Bandar. So sweet. Faisal plak akan berusaha untuk terima Ain Airina dalam hidupnya.
Kampung Girl di TV3

Nad Zainal n Akim pelakon Kampung Girl

My Novel Kampung Girl

Sinopsis Kampung Girl

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...