Selasa, 2 September 2014

Cara Mudah Meningkatkan Trafik Di Blog

Cara Naikkan Trafik Blog
Apa Itu Trafik?

Trafik adalah bilangan pengunjung yang singgah ke blog kita setiap hari. Tanpa trafik blog ibarat lirik tanpa melodi. Tak ubah seperti menulis diari dan menyimpannya didalam laci yang terkunci. Kita tulis dan kita baca sendiri.

Apakah Cara Yang Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Tingkatkan Atau Naikkan Trafik Ke Blog?

1) Hasilkan artikel yang menarik dan boleh buat orang tertarik untuk membaca dan meninggalkan komen.  Contohnya artikel berkaitan isu semasa, tips, panduan. Artikel yang bermanfaat, yang kerapkali dicari dan artikel yang mengajak pembaca untuk berkongsi pendapat dan pandangan mereka.

2) Kongsikan link artikel-artikel blog korang di laman sosial, contohnya Facebook, Google+, Twitter dan sebagainya. Pasang butang laman sosial di blog, seeloknya di bawah setiap artikel untuk memudahkan pembaca kongsikan artikel korang. Makin ramai pembaca yang kongsikan, makin popular la artikel tu nanti.

3) Rajinkan diri atau cari masa untuk rajin mengupdate artikel baru. Pastikan artikel yang dikongsikan itu bermanfaat dan paling penting berkualiti. Blog yang sentiasa ada artikel baru mampu menarik lebih banyak trafik. Bila pembaca atau pengunjung menyedari blog kita sentiasa segar dengan artikel baru, mereka akan lebih tertarik untuk singgah selalu.

4) Jangan terlalu fokus pada pengiklanan ataupun ranking alexa mahupun page rank. Fokus paling utama perlu diberikan pada trafik. Bila trafik blog dah stabil, duit dari iklan dan ranking yang baik di alexa dan page rank pasti akan tercapai dengan sendirinya. Kita perlu ingat nadi sesuatu blog adalah TRAFIK.

5) Luangkan masa untuk singgah dan meninggalkan komen di blog-blog yang lain. Jika terjumpa artikel artikel yang bermanfaat dari rakan-rakan blogger yang lain, ringankan jari untuk kongsikan artikel mereka di laman sosial. Pegang pada prinsip ‘What You Give, You Get Back. Hari ini korang berikan trafik pada blog lain, esok lusa orang lain pula akan berikan trafik pada blog korang.

6) Pastikan tema atau template blog mesra pengunjung dan masa untuk loading juga tidak lama. Rupa blog yang kemas dan teratur pasti akan menarik lebih ramai trafik. Pengunjung pasti akan teringin untuk singgah lagi jika lawatan pertama mereka tidak menyakitkan mata dan hati.

Walaupun ada banyak lagi tips-tips untuk meningkatkan trafik di blog, saya yakin 6 cara mudah untuk tingkatkan trafik yang dikongsikan di atas ni dapat membantu korang untuk menarik lebih banyak lagi trafik ke blog.

Yang penting minat dan usaha yang konsisten. Tiada jalan pintas untuk mencipta kejayaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...