Tahun ini kita menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57 Tahun. Alhamdulillah, syukur kita masih berada di bumi yang bertuah ini. Dalam kesibukan kita menggantung bendera kami di pejabat juga sempat menyiapkan sudut Merdeka. Sebenarnya Pengarah kami nak buat pertandingan sempena Hari Kemerdekaan jadi kami sibuk menghias unit masing - masing tapi last - last Pengarah kata Unit Pengurusan tak boleh masuk sebab nanti bias. Pulak... tapi takpelah yang penting kami dah ada sudut merdeka sendiri. Di sini saya share replika KLCC yang sempat disiapkan bersama rakan - rakan pejabat untuk Hari Merdeka ke 57 ini. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan