KAD KREDIT
Saya nak share pasal kad kredit pula hari ni. Sebab apa, sebab semalam saya baru tutup MasterCard Bank xxxx. Dah tak nak pakai. Dulu pakai pun sebab nak isi minyak kete, sekarang ni tidak lagi. Bila harga minyak dah naik, senang bayar cash saja untuk isi minyak. No no no to Card Credit. Jadi kepada sesapa yang baru berjinak - jinak nak pakai kad kredit, saya nak share something ngan anda. Bukan tak boleh pakai, tapi pandai - pandai andalah ye.

Untuk
kebanyakan orang, ia merupakan kemudahan yang membolehkan kita “beli
sekarang, bayar kemudian”, di samping menikmati pelbagai keistimewaan
ekslusif yang ditawarkan oleh pelbagai rangkaian peniaga. Tapi bagi
mereka yang kurang berdisiplin, kad kredit adalah bagaikan bom yang nak
meletup depan muka dengan timbunan bayaran faedah yang besar jika anda
berbelanja sesuka hati dan tak dapat buat bayaran penuh pada hujung
bulan.
Di Malaysia, bank umumnya perlukan pengguna kad kredit buat bayaran
minimum 5% (atau jumlah minimum RM50) dari bil kad kredit setiap bulan.
Jika anda tak bayar penuh jumlah perbelanjaan, anda akan dikenakan
bayaran yang dipanggil “Caj Kewangan” berdasarkan struktur kadar faedah
berperingkat seperti ini*:
PERINGKAT | KADAR FAEDAH | KELAYAKAN |
---|---|---|
I | 13.5% setahun | Bayar bil kad kredit pada masanya selama 12 bulan berturut-turut. |
II | 16% setahun | Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 10 dari 12 bulan. |
III | 17.5% setahun | Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 9 dari 12 bulan. |
* Seperti disyorkan oleh Bank Negara Malaysia, tetapi kadar faedah sebenar berbeza dari bank ke bank
Ringkasnya, anda kena bayar kadar faedah tahunan minimum sebanyak
13.5% atas baki belum jelas setiap kali anda buat keputusan untuk tidak
membayar penuh bil kad kredit anda.
Untuk fahami lebih lanjut akibat tak buat bayaran penuh, lihat babak-babak berikut:
Babak A:
- Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
- Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
- Anda telah membayar bil kad kredit ikut jadualnya dan layak dikenakan kadar faedah Peringkat I, 13.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda masih perlukan masa 82 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM2,752.08.
Babak B:
- Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
- Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
- • Anda telah membayar bil kad kredit tak ikut jadual dan dikenakan kadar faedah Peringkat III, 17.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda perlukan masa selama 88 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM3,896.83
Pada umumnya, pengguna kad kredit yang mudalah yang paling senang terperangkap dalam babak hutang yang parah. Menurut artikel “Credit Card Debt Churning Out Bankrupt Graduates” dalam akhbar The Star
pada bulan November 2012, ramai graduan universiti di Malaysia telah
diisytihar bankrap akibat “perbelanjaan kad kredit yang berat”. Ini
boleh dikatakan berpunca dari tiada pengurusan kewangan atau
kebanyakannya tidak memahami sistem kad kredit.
Kami di iMoney percaya hanya ada satu cara anda boleh elak babak yang
parah seperti ini, iaitu dengan membayar bil kad kredit anda!
Suka artikel ini? Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana anda boleh elak dari kena bayar caj faedah kad kredit dan lain-lain caj yang tak perlu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan