Menyedari akan caj-caj yang dikenakan sememangnya satu langkah utama 
dalam mengurus kewangan kita. Amatilah berbagai jenis yuran yang 
dikenakan dan jangan mudah terperangkap dengan tempoh tanpa faedah. Anda
 dinasihati bertanya panjang lebar tentang syarat dan terma yang 
dikenakan atas kad kredit untuk memastikan kita akhirnya tak membayar 
lebih dari yang dijangka. Berikut adalah senarai caj yang patut disedari
 oleh pengguna kad kredit:
Caj-caj kredit kad
Yuran Masuk: Ini adalah yuran yang dikenakan sekali 
sahaja sama seperti yuran pendaftaran. Caj dikenakan berbeza bergantung 
kepada bank yang anda pilih. Kadar biasa ialah di antara RM50 sehingga 
RM100.
Yuran Tahunan: Yuran tahunan adalah yuran yang bank 
kenakan setiap tahun. Ia berbeza bergantung kepada jenis kad yang anda 
pohon, sama ada klasik, emas, emas bisnis, platinum bisnis, platinum dan
 sebagainya. Sesetengah bank juga mungkin kenakan yuran tahunan untuk 
kad kredit tambahan.
Cukai Perkhidmatan Kerajaan: Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan sebanyak RM25 untuk kad kredit tambahan.
Caj Bayaran Lewat: Bagi pemegang kad kredit yang 
lewat dalam pembayaran mereka, sebahagian dari jumlah baki belum jelas, 
biasanya 1% atau jumlah minimum RM5 atau RM10 (yang mana lebih tinggi) 
akan dikenakan sebagai caj bayaran lewat. Bagaimanapun bergantung kepada
 bank, bayaran maksimum seseorang perlu bayar adalah dari RM50 ke RM100.
Yuran Pendahuluan Tunai: Kad kredit berfungsi sama 
seperti kad debit, iaitu anda boleh mengeluarkan wang dengannya. Namun, 
kadar faedah yang dikenakan boleh naik setinggi 3% hingga 5% atas jumlah
 yang dikeluarkan, atau di sesetengah bank RM 25 hingga RM50 bagi setiap
 transaksi (yang mana lebih tinggi).
Caj Pertukaran Wang Asing: Sebarang transaksi pembayaran kad kredit luar negeri akan dikenakan caj pertukaran wang asing, selalunya pada kadar 1%.
Lain-lain caj:
Yuran Pengeluaran Penyata: Sesetengah bank kenakan 
caj untuk penyata bercetak, dengan kadar bermula dari RM5 hingga RM20 
setahun. Permohonan penyata tambahan akan dikenakan caj tambahan.
Yuran penggantian kad: Anda boleh dikenakan di antara RM25 hingga RM50 untuk kad yang diganti.
Masa Kelonggaran: Sesetengah bank memberi tempoh 
tanpa faedah atas pembelian yang dikenali sebagai tempoh kelonggaran, 
yang biasanya 20 hari dari tarikh penyata. Tempoh kelonggaran ini 
selalunya hanya dinikmati oleh pemegang kad yang telah membayar penuh 
baki kad kredit bulan sebelumnya.
 

 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan