Wang plastik pasti menyediakan kita dengan pelbagai kelebihan. Walau bagaimanapun, kemudahan itu juga boleh menimbulkan masalah. Oleh itu, anda perlu baca lebih lanjut mengenai kad kredit sebelum mendapatkannya.
Kemudahan
Kad kredit memberikan anda kemudahan tak perlu membawa wang tunai ke 
sana ke mari bersama anda. Dengan kes kecurian dan jenayah lain yang 
semakin meningkat, membawa wang tunai ke mana sahaja bersama kita pergi 
boleh mendatangkan kerisauan, apatah lagi agak berbahaya. Kebanyakan kad
 kredit juga boleh digunakan di peringkat antarabangsa dengan sedikit 
bayaran minimum, sekaligus menjadikan ia pasangan yang sempurna bagi 
pengembara.
Yuran, yuran dan yuran lagi
Tegasnya, kad kredit hanya menjadi sumber masalah apabila 
disalahgunakan. Pertamanya, produk-produk kewangan berfungsi mengenakan 
faedah ke atas bil yang belum dibayar dan tertunggak. Mungkin juga 
terdapat caj kewangan yang dikenakan ke atas penggunaan kad. Juga, 
kadang-kadang ada bayaran tahunan yang dikenakan sekali setahun. 
Yuran-yuran ini adalah perkara yang anda perlu fikir sebelum mendapatkan
 kad kredit.
Had kredit
Setiap akaun mempunyai apa yang dipanggil satu barisan kredit atau 
had kredit. Ini adalah jumlah maksimum yang anda boleh belanja atau caj 
pada kad anda. Setiap bank mempunyai peraturan had kredit yang berbeza. 
Sesetengah memberikan barisan kredit yang lebih besar kepada pemegang 
kad yang mempunyai gaji yang lebih tinggi atau pendapatan tetap. 
Terdapat juga program di mana kedudukan kredit yang baik dan kesetiaan 
kepada bank membolehkan pemegang kad mempunyai barisan kredit yang lebih
 tinggi.
Ganjaran
Pemegang kad kredit juga boleh mendapat mata apabila mereka 
menggunakan kad kredit mereka. Bilangan mata terkumpul untuk tempoh 
tertentu membolehkan pemegang kad mendapat ganjaran, hadiah percuma dan 
diskaun. Sekali lagi, bukan semua bank menawarkan program ini.
Kad kredit prabayar
Selain dari kad kredit tradisional, anda juga boleh pilih kad kredit 
prabayar. Fungsinya seperti kad debit. Tak semua bank menawarkannya, 
tetapi bagi yang menawarkannya, anda boleh tambah nilai kad di 
cawangan-cawangan tertentu. Mungkin dikenakan yuran untuk transaksi 
tetapi umumnya sangat minimum. Orang yang mahu bina skor kredit mereka 
biasanya mendapatkan kad kredit prabayar yang menawarkan peningkatan 
penarafan kredit.
Kecurian identiti
Anda perlu ingat bahawa pencuri identiti sentiasa mencari kad kredit.
 Dengan ini anda perlu amalkan langkah berjaga-jaga, terutamanya apabila
 membeli-belah atas talian. Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat 
penting seperti nombor kad kredit anda, PIN dan lain-lain butir peribadi
 ke laman web atau pusat-pusat membeli-belah dalam talian yang tidak 
disahkan . Juga, jangan berurus niaga dengan orang yang anda hanya baru 
jumpa melalui internet atau perniagaan yang tidak mempunyai kredibiliti.
 Kemungkinan pencuri identiti sedang mengintai, menunggu mangsa mereka 
seterusnya. Cari cerita mangsa kecurian identiti di internet. Anda akan 
melihat bahawa kebanyakan daripada mereka berpunca dari mendedahkan 
maklumat kad kredit kepada peniaga yang tidak disahkan.
Tak sukar nak dapatkan kad kredit. Sesetengah bank juga memberikan 
kad kredit pra-lulus kepada individu terpilih. Cabarannya ialah 
bagaimana nak mengelak godaan beli benda yang anda tak punyai bajet 
untuknya. Namun, lihatlah ia sebagai satu cabaran untuk tingkatkan 
disiplin dalam cara anda berbelanja.
 
 
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan