Cuti hari minggu lepas, saya terajin pula buat donut. Ingat nak buat donut biasa je, tapi anak - anak suka donut bersalut coklat. Masa mula - mula buat donut ni, macam tak jadi je bentuknya. Tapi bila dah 2 3 kali buat, baru menjadi. Jika anda ada masa bolehlah try. Memang sedap.
Resipi Donut
1/2 kg Tepung gandum ( saya guna tepung halus )
1/2 paket Ibu roti Brand Mauripan (5.5 gram)
4 sudu makan gula Pasir
1/2 sudu kecil garam Halus
1/2 cawan susu tepung ( saya guna jenis Full Cream)
1/2 cawan marjerin
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk Penaik / Baking Powder
Air secukupnya
Cara penyediaan
1. Isikan 1/2 cawan air suam dicampur dengan
1 sudu kecil gula pasir dan 1/2 paket ibu roti Mauripan dan dikacau
hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang.
2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus,
susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam
besen kecil.
3. Gaul adunan tersebut dengan dituangkan air
sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira
30~45 minit.
4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia
menjadi kurang dan tidak melekat pada tangan anda.
5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang
mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat
supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1
jam.
6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah
apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli
sekali lagi kira-kira 30 minit.
8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan
cetak dengan pencetak donut.
9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira
30~60 minit.
10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan
kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup
panas. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan.
12. Angkat dan toskan serta taburkan gula halus
keatas donut.
*Boleh jugak hiaskan donut dengan topping coklat
mengikut citarasa yang disukai…..
Untuk Topping…1 keping coklat masakan/milk chocolate
1 sudu besar butter
3 sudu besar susu cair/yogurt/cream putar
- Satukan semua bahan dan cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler… bila sudah cair celupkan donut pada coklat tadi dan taburkan dengan coklat rice…. atau ikut kreativiti anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan