Perkenalan singkat merpati dua sejoli ini telah membawa kepada
majlis pertunangan mereka awal pagi ini. Selepas upacara menyarungkan
cincin ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau
Fizo Omar kini bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar
Abdul Karim.
Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah
pihak perempuan di Country Height, Kajang dengan dihadiri lebih kurang
300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan
beberapa wakil media.
Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5
dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya
pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.
Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini
akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman
pihak perempuan, Country Height Kajang.
Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9.
Tidak pernah menyangka gadis manis yang menghiasi “billboard” Fareeda
akhirnya menjadi miliknya. Personaliti Mawar, keluhuran budi juga
semangat saingnya dalam dunia perniagaan memikat hati Fizo. Inilah pakej
wanita dambaan yang dicari selama ini. Walau hanya melalui perkenalan
yang singkat, Fizo yakin memilih Mawar sebagai suri pelengkap
kehidupannya dunia akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan