Ahad, 22 Disember 2013

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Bakal Kahwin Tahun Depan

Selepas usai kontroversi yang mengatakan pasangan ini telah berpisah kerana orang ketiga,Pekin Ibrahim mengakui yang hubungan cintanya dengan Uqasha Senrose kini bertambah erat, malah bakal mempercepatkan penyatuan di antara mereka berdua.
“InshaALLAH, kami akan berkahwin tahun depan. Tapi keluarga saya masih tidak benarkan saya mengumumkan tarikh perkahwinan kami,” ujar Pekin Ibrahim apabila ditanya media tentang perkembangan hubungan dengan Uqasha Senrose baru baru ini.
Menurut pelakon ini, satu tarikh telah pun dipersetujui oleh kedua dua belah keluarga untuk menjadi hari bahagia mereka bergelar suami isteri namun mereka meminta tidak mendedahkan tarikh tersebut kepada umum atas alasan tersendiri.
“Saya bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini, tidak putus-putus tawaran berlakon — mungkin disebabkan rezeki saya yang bakal berkahwin”
“Sekarang ni saya baharu saja selesai menjalani penggambaran filem seram berjudul Villa Nabila. Ia adalah berkisar dari cerita benar, arahan Syafiq Yusof,” tambahnya lagi. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...