Pintu Gerbang Syurga Di Gunung Tianmen Di China | Tidak menghairankan
jika Gunung Tianmen di China disebut heaven gate atau gerbang syurga.
Gunung ini mempunyai ketinggian 131 meter dan kedalaman 60 meter. Kerana
ketinggiannya beserta lubang besar yang ada di gunung ini, Tianmen
lebih menyerupai gerbang ke langit, yang diidentikkan dengan syurga.
Tianmen terletak di bandar Zhangjiaje, tujuh kilometer dari pusat
bandar. Biasanya, para petualang memilih untuk mendaki gunung tersebut,
sementara para pelancong menggunakan teksi atau kereta untuk melaluinya.
Pengunjung yang datang ke sana juga boleh menggunakan kemudahan kereta
kabel dengan panjang 7.455 meter untuk mencapai puncak.
Gunung ini mempunyai gua yang dipercayai terbentuk pada 263 Masehi.
Gunung Tianmen juga mempunyai kuil berusia 500 tahun yang disebut kuil
Tianmenshan. Kuil yang terletak di atas gunung ini biasanya digunakan
untuk bersembahyang oleh masyarakat di China.
Heaven Gate Mountain mempunyai 80 peratus tumbuh-tumbuhan yang
menyelimutinya. Di sana tumbuh 556 spesies tumbuhan dan 433 spesies
kayu. Pohon berusia 2,000 tahun juga menjadi penambah keindahan gerbang
syurga di Tianmen. Tidak hanya itu, di sekitar gerbang syurga Tianmen
juga tumbuh 462 spesies tumbuhan perubatan. Kira-kira 300 spesies fauna
termasuk 200 spesies haiwan dan 100 spesies buruny yang tinggal di
gunung Tianmen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan